Reporting on business and economy news in Saint Vincent and the Grenadines

Provided by AGP

Got News to Share?

Bitget Memulakan Tahun Kedua Sokongan terhadap UNICEF Game Changers Coalition, Menyokong Pengembangan Literasi Kewangan dan AI

Sokongan ini dibina atas pencapaian UNICEF Game Changers Coalition yang telah menjangkau lebih 642,000 belia, ibu bapa dan guru di lapan ekonomi pesat membangun

VICTORIA, Seychelles, May 22, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, hari ini mengumumkan permulaan tahun kedua perkongsian bagi menyokong UNICEF Game Changers Coalition (GCC). Gabungan ini, yang sejak pelancarannya telah menjangkau lebih 642,000 belia, ibu bapa dan guru di lapan negara, kini memasuki fasa pertumbuhan baharu — memperkenalkan modul literasi kewangan dan kecerdasan buatan (AI) ke dalam kurikulumnya, dengan kandungan blockchain yang dirancang untuk tahun 2026.

GCC ialah sebuah inisiatif global yang diterajui oleh Pejabat Inovasi UNICEF, menghimpunkan rakan kongsi sektor awam dan swasta bagi memperluas akses kepada pendidikan teknologi untuk belia di ekonomi sedang pesat membangun, dengan tumpuan khusus kepada golongan perempuan, yang setakat ini merangkumi 52% daripada peserta. Gabungan ini beroperasi di Armenia, Brazil, Kemboja, India, Kazakhstan, Malaysia, Maghribi dan Afrika Selatan, menyokong belia dalam membangunkan kemahiran digital yang praktikal melalui kurikulum inovatif, program pembelajaran berasaskan komuniti, serta hackathon permainan secara fizikal dan dalam talian.

Bitget menyertai gabungan ini pada Jun 2025 menerusi kerjasamanya dengan UNICEF Luxembourg, menyumbang kepada misi yang lebih luas bagi meningkatkan literasi digital dan akses teknologi untuk komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan. Pada tahun kedua, Bitget akan menyumbang kepada pengembangan kurikulum GCC serta peluasan rangkaian geografi.

Pada tahun pertama perkongsian tersebut, Bitget menyokong UNICEF melalui beberapa initiatif yang bertujuan untuk memperluas kesedaran dan penyertaan dalam pendidikan teknologi. Antara pencapaian utama termasuk lawatan ke Kemboja, yang mana Ketua Pegawai Pemasaran Bitget, Ignacio Aguirre telah bertemu dengan pelajar, pendidik dan rakan tempatan yang terlibat dalam program latihan kemahiran digital. Lawatan tersebut menunjukkan cara akses kepada pendidikan digital asas dapat membuka peluang baharu untuk pekerjaan, keusahawanan, dan penyertaan dalam ekonomi digital, khususnya bagi golongan wanita muda dan pelajar di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan.

Perkongsian ini turut menyokong inisiatif penglibatan belia yang lebih luas melalui acara dan pengalaman pembelajaran interaktif. Pada akhir tahun 2025, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget, Gracy Chen, menyokong UNICEF Game Jam global sulung GCC, sebuah inisiatif selama 40 hari di mana pencipta muda di ekonomi sedang pesat membangun menghasilkan permainan video asli melalui sesi bimbingan dan kursus dalam talian kendiri.

“Perkembangan teknologi berlaku begitu pantas sehingga menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian, jauh lebih cepat daripada kemampuan sistem pendidikan untuk menyesuaikan diri,” kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. “Apa yang menonjol sepanjang kerjasama kami dengan UNICEF tahun ini ialah betapa cepatnya belia terlibat apabila mereka diberi akses dan peluang. Matlamat kami bukan sekadar memperkenalkan blockchain atau alat digital, tetapi membantu membina keyakinan serta literasi digital dan kewangan jangka panjang yang mampu membuka peluang jauh melangkaui kripto.”

Kemas kini ini berlaku ketika permintaan terhadap kemahiran digital terus meningkat di seluruh dunia, khususnya di pasaran dengan populasi muda yang semakin mengutamakan peranti mudah alih tetapi masih kurang mendapat akses kepada laluan pendidikan teknologi tradisional. Bitget terus memperluas inisiatif berfokus pendidikan seiring dengan pertumbuhan institusi dan ekosistem, meletakkan literasi digital sebagai tonggak utama dalam pembangunan industri jangka panjang.

“Terlalu ramai belia masih tidak mendapat akses kepada kemahiran yang memacu transformasi digital yang membentuk ekonomi masa kini,” kata Thomas Davin, Pengarah Global di Pejabat Inovasi UNICEF. “GCC ialah jawapan jelas terhadap keperluan ini. Inisiatif ini menghimpunkan industri, kerajaan, dan komuniti agar generasi akan datang memiliki kemahiran, keyakinan serta peluang untuk memimpin dalam ekonomi yang dipacu oleh teknologi. Bersama Bitget, kami memperluas capaian untuk menjangkau lebih ramai belia dengan kemahiran yang mereka perlukan.”

Pada tahun kedua, perkongsian ini akan menyokong peluasan GCC ke tiga negara tambahan serta pelaksanaan modul baharu berkaitan literasi kewangan dan AI dalam kurikulum gabungan. Bitget akan terus terlibat melalui lawatan tapak, penyertaan eksekutif dan sokongan terhadap pengalaman pembelajaran yang diketuai oleh gabungan. 

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget ialah Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, berkhidmat kepada lebih 120 juta pengguna dengan akses kepada kripto, aset yang ditokenisasi serta alat dagangan yang dikuasakan oleh AI merentasi blockchain utama. Ekosistem Bitget merangkumi Bitget Wallet, sebuah aplikasi kewangan harian yang digunakan oleh lebih 80 juta pengguna. Bitget memperkukuh penerimaan kripto global melalui perkongsian dengan LALIGA, MotoGP™ dan UNICEF.

Perihal UNICEF

UNICEF beroperasi di lebih 190 negara dan wilayah bagi menjangkau kanak-kanak yang paling memerlukan bantuan serta membina dunia yang lebih baik untuk setiap kanak-kanak.

UNICEF Luxembourg menyokong misi global ini dengan menggembleng perkongsian sektor swasta dan sumbangan sukarela. Di peringkat nasional, ia turut memperjuangkan hak kanak-kanak dengan memberi fokus kepada usaha mengurangkan ketidaksamaan, memperkukuh kesaksamaan gender, menangani kemiskinan kanak-kanak, menyokong kesejahteraan mental, serta meningkatkan akses kepada keadilan untuk setiap kanak-kanak.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8f1e55c4-fec7-4aa5-84ef-b5fb5a7a4c2c


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:

Sign up for:

St. Vincent & Grenadines Business Hub

The daily local news briefing you can trust. Every day. Subscribe now.

By signing up, you agree to our Terms & Conditions.